Apa itu khatan atau bersunat

Khatan atau sunat adalah pembuangan kekal kulit pada hujung zakar.

Bagaimana ia dilakukan?

Khatan dilakukan dengan kaedah yang mudah dan selamat mengikut tatacara yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Siapa yang melakukan khatan?

Khatan dilakukan oleh doktor yang berpengalaman dan terlatih.

Kenapa perlu berkhatan?

Selain daripada tuntutan agama ( Islam ) khatan adalah untuk kebersihan dan pencegahan penyakit tertentu.

Di mana khatan dilakukan?

Prosedur dilakukan di Permai Polyclinic Pintas Square Commercial Shoplot, Penampang.

Pembukaan Rasmi 2017

Klinik ini akan dibuka secara rasmi pada 8hb. Febuari 2017 jam 8.00 pagi.

Waktu operasi: 8.00 pagi-10.00 malam setiap hari
Pemeriksaan tekanan darah percuma
Diskaun untuk warga tua, pelajar, pasukan keselamatan dan orang kurang upaya.


Wednesday 1 March 2017

Promosi khatan/sunat sempena cuti sekolah.

Sempena cuti sekolah yang akan bermula pada 18 Mac, 2017 ini, Permai Polyclinics Pintas akan membuat harga promosi khas. Sunat untuk kanak-kanak adalah RM250 sahaja  termasuk ubat. Berkhatan sebaiknya dilakukan seminggu sebelum cuti sekolah berakhir kerana proses penyembuhan akan mengambil masa 5-7 hari.

Sebarang pertanyaan dan temujanji boleh hubungi / SMS 016-8365557

Monday 27 February 2017

Klinik Pemeriksaan Jemaah Haji Kota Kinabalu

Klinik ini dengan rasminya menjadi salah satu klinik berdaftar untuk pemeriksaan bakal jemaah haji 2017. Pemeriksaan akan bermula pada bulan Mac 2017. Pemeriksaan merangkumi kawasan Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Kepayan, Lintas, Donggongon, Pintas, Petagas dan kawasan sekitar yang lain.

Bagi bakal jemaah haji yang mempunyai rekod perubatan seperti darah tinggi, kencing manis, asma atau lelah dan lain-lain penyakit kronik sila membuat pemeriksaan seawal mungkin supaya penyakit tersebut dapat dipantau dan di kawal sebaik mungkin. Sila baga semua ubat yang diambil dari mana-mana klinik atau hospital untuk direkodkan dalam buku haji.

Makluman untuk bakal jemaah wanita bahawa tarikh wukuf pada tahun ini adalah pada 31 Ogos, 2017. Sekiranya anda mempunyai kitaran haid yang teratur sila buat anggaran status haid pada ketika itu. Bagi bakal jemaah wanita yang tidak mempunyai kitaran haid yang tidak teeatur sila berjumpa dengan doktor untuk rawatan hormon 3 bulan sebelum wukuf.

Sila buat temujanji untuk pemeriksaan jemaah haji di klinik ini dengan sms/whatsapp Nama dan Alamat ke 016-8365557

Monday 28 November 2016

Klinik Swasta Penampang

Selain berkhatan, Permai Polyclinic Pintas juga merupakan klinik perubatan baharu di Penampang. Klinik ini terletak di Pintas Shoplot, Penampang Bypass. Masa operasi klinik ini adalah dari jam 8 pagi sehingga 10 malam setiap hari.

Antara perkhidmatan yang boleh didapati adalah :
1. Pemeriksaan dan rawatan umum
2. Ujian makmal / darah
3. Pembedahan kecil
4. Berkhatan atau sunat ( akan menjadi pusat khatan di Kota Kinabalu )
5. Pemeriksaan ibu mengandung atau antenatal
6. Pemeriksaan jantung ( ECG )
7. Rawatan penyakit asma dan nebuliser
8. Ultrasound asas
9. Imunisasi
10. Pemeriksaan umrah dan bakal haji


Sunday 6 November 2016

Kanser Zakar

Tanda-tanda kanser zakar

Kebanyakan tanda utama bagi kenser zakar adalah perubahan pada permukaan kulit zakar. Perubahan kulit ini biasanya terjadi di kulit bahagian kepala zakar, kulit kulub pada lelaki yang tidak berkhatan dan ada juga perubahan kulit pada bahagia batang zakar.

Tanda dan gejala kanser zakar adalah :

  • Bahagian kulit menebal dan perubahan warna
  • Ketumbuhan atau benjolan pada zakar
  • Ulcer yang mungkin berdarah
  • Ruam atau kemerahan pada kulit
  • Ketumbuhan berbentuk rata dan berwarna kebiruan cokelat
  • Lebam berkerak dan kecil
  • Cecair barbau busuk di bawah kulit kulub
Walau bagaimanapun, tanda dan gejala dia atas buka hanya ada pada penyakit kanser zakar. Terdapat penyakit lain yang mempunyai tanda yang sama. Sekiranya anda mempunya tanda dan gejala di atas sila berjumpa doktor anda secepat mungkin. Rawatan dan pengesanan awal adalah lebih baik dan peratusan sembuh adalah tinggi.


Thursday 20 October 2016

Jangkitan kepala zakar atau balanitis

Balanitis atau jangkitan kepala zakar dan sekitarnya biasa berlaku kepada mereka yang tidak berkhatan. Biasanya 1 daripada 20 lelaki yang tidak berkhatan akan mengalami masalan ini. Ianya kadangkala menyakitkan tapi tidak begitu serius. Penyakit ini biasanya akan sembuh dengah hanya meberi ubat sapu atau krim antibiotik.

 Balanitis adalan masalah keradangan yang disebabkan jangkitan kuman atau masalah kulit yang kronik. Penjagaan kebersihan yang tidak betul juga menyumbang kepada iritasi kulit. Selain daripada itu kaedah pembersihan kepala zakar yang tidak lengkap atau berlebihan juga menyebabkan masalah ini. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh pertumbuhan bakteria atau kulat yang berlebihan. Kulit kulub adalah tempat pembiakan kuman yang paling baik sebab ia menyekat kelembapan di sekitar kepala zakar.

Iritasi juga menyebabkan balanitis. Kebanyakkan iritasi disebabjan oleh :

  • Sabun tidak dibilas sepenuhnya semasa mandi
  • Menggunakan sabun untuk mencuci kepala zakar
  • Menggunakan sabun yang menyebabkan kulit kering
  • Menggunakan losyen atau spray yang mengandungi bahan kimia
Sesetengah ubat julap, pil tidur, ubat tahan sakit dan antibiotik boleh menyebabkan balanitis sebagai kesan samping.

Balanitis juga disebabkan oleh :
  • Artritis reaktif
  • Kencing manis yang tidak terkawal
  • Jangkitan seksual seperti sifilis







Monday 10 October 2016

Apakah itu phimosis?

Phimosis adalah keadaan dimana bukaan pada kulub terlalu sempit. Dalam keadaan ini kulit kulub tidak boleh menuju ke arah pangkal zakar. Phimosis seolah membentuk sebuah cincin yang ketat di hujung kepala zakar. Kadang-kadang bukaan kulub ini terlalu sempit sehingga menyebabkan kulit kulub akan mengelembung seperti belon semasa kencing. Terdapat dua jenis phimosis iaitu phimosis fisiologi dan phimosis patologi.

Phimosis fisiologi biasanya terdapat pada kanak-kanak yang baru lahir. Namun begitu, kulit pada kulub biasanya akan terbuka dengan sendirinya  mengikut umur. Phimosis ini adalah normal pada kanak-kanak yang tidak dikhatan dan akan kembali seperti normal pada usia 5-7 tahun atau pada usia yang agak lewat.

Phimosis patologi berlaku akibat kesan parut ( luka lama akibat tercedera ), jangkitan kuman dan keradangan ( inflamasi ). Penarikkan kulub secara paksa akan menyebabkan pendarahan, parut dan trauma fisiologikal kepada kanak-kanak. Sekiranya phimosis ini menyebabkan kulut kulub mengelembung semasa kencing, kesukaran untuk kencing dan jangkitan kuman, rawatan segera perlu dilakukan.


Monday 3 October 2016

Kebaikan berkhatan

Terdapat banyak kebaikan berkhatan. Secara umumnya berkhatan adalah untuk kebersihan diri dan kesihatan. Berkhatan dapat mengurangkan jangkitan kuman dan mengelak komplikasi makibat jangkitan tersebut.

Di antra kebaikannya adalah:
  • Memudahkan pembersihan zakar.
  • Mengurangkan risiko jangkitan saluran kencing terutama pada kanak-kanak.
  • Mengurangkan jangkitan atau radang pada bahagia kepala zakar ( balanitis ) atau bahagian kulit kulub ( posthatitis ).
  • Mengurangkan pembentukan parut pada kulit kulub yang akan menyebabkan penyempitan bukaan kulub ( phimosis ).
  • Mengurangkan risiko jangkitan akibat seks seperti sifilis.
  • Mengurangkan risiko jangkitan HIV.
Dr. Sobri Al-Qubbani telah menulis sebuah buku yang berjudul `Kehidupan dan Seksologi' menynyatakan bahawa berkhatan atau bersunat mendatangkan banyak manfaat dari sudut kesihatan:

  • Pembuangan kulit kulup membebaskan seseorang daripada risiko penyakit kulit yang berpunca dari peluh, daki kotoran, kumpulan lemak serta kuman yang terkumpul di situ sekaligus menimbulkan bau yang agak busuk dan terdedah kepada jangkitan kuman serta kulat.
  • Dapat mengelakkan risiko termasuk atau tersekat kepala zakar ketika berlunjur
  • Berkhatan juga dapat mengurangkan risiko kanser prostat
  • Kanak-kanak yang berkhatan awal dapat mengurangkan risiko sindrom terkencing malam

Perkara di atas juga dibuktikan oleh seorang pakar bedah, Dr Gerald Weiss yang menegaskan bahawa tanpa berkhatan, bahagian di bawah kulit menutupi kepala zakar akan menjadi tempat takungan pelbagai jenis kuman atau kulat dan ini meningkatkan risiko mendapat jangkitan. Kadangkala keadaan ini akan mengeluarkan bau kurang menyenangkan.

WebMD Medical News bertarikh 6hb. Mac, 2000 ada melaporkan mengenai satu kajian yang beliau lakukan bersama rakannya dan mereka mendapati daripada 89 kes kanser zakar, 87 daripadanya daripada kalangan lelaki tidak berkhatan. Justeru, mereka merumuskan khatan mencegah lelaki daripada menghidap kanser zakar.

Dr Danial Zainal Abidin dalam bukunya yang bertajuk 'Perubatan Islam Kontemporari', menjelaskan banyak kajian dilakukan menunjukkan berkhatan mencegah pelbagai jenis penyakit antaranya; risiko seseorang wanita menghidap barah pangkal rahim (cervix) adalah tinggi jika pasangannya tidak berkhatan. Satu kajian dilakukan di Lembah Kashmir pada tahun 1993 menunjukkan, amalan berkhatan di tempat itu menyebabkan peratus barah pangkal rahim menjadi rendah berbanding kawasan lain di India.

Mengikut pakar kanak-kanak terkenal, Dr Edgar J Shoen, luka yang sering berlaku di kulit penutup zakar ketika melakukan persetubuhan memudahkan lelaki yang tidak berkhatan dijangkiti kuman penyakit jangkitan seksual, terutama siflis, chancroid dan herpes genital. Berdasarkan hasil kajian, jelaslah orang yang berkhatan akan dapat menikmati kesihatan yang baik serta terhindar daripada pelbagai penyakit merbahaya.

Berkhatan juga mampu mengurangkan risiko penyakit kanser terutama kanser zakar, prostat, serta kanser serviks (pangkal rahim) dan payudara kepada wanita. Telah dibuktikan bahawa kuman yang dinamakan Human Papilloma Virus (HPV) adalah antara faktor pencetus kanser serviks di kalangan wanita. Kuman ini didapati berlindung di bawah kulit hujung zakar pasangan dan dipindahkan kepada wanita semasa persetubuhan atau jimak. Terdapat kajian menunjukkan jika semua lelaki berkhatan, maka sebanyak 20 peratus kadar kejadian kanser serviks boleh dielakkan. Virus sama juga boleh mencetuskan kanser payudara.

Pada tahun 2007, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan kenyataan penting berkenaan kaedah pencegahan kuman HIV. Kenyataan itu berbunyi, 'kajian saintifik telah membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa lelaki berkhatan mengurangkan kadar perpindahan kuman virus HIV kepada wanita atau isteri.